Translate

Translate

Ahad, 27 Oktober 2013

Deposit untuk tempahan kuih dan homestay

Kepada semua pelanggan pelanggan yang dihormati,

Untuk mewujudkan satu urusniaga yang baik dan telus, maka kami akan mengambil wang deposit untuk setiap tempahan kuih dan homestay.

Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatal kan tempahan tersebut. Sebaliknya jika kami yang membatalkan tempahan pelanggan, maka kami akan memulangkan wang tersebut.

Untuk tempahan kuih kami akan mengambil deposit sebanyak RM20.00 untuk setiap kuih talam kami yg bersaiz 12'X12' , manakala untuk saiz 8'X8' deposit sebanyak RM10 satu.
Manakala untuk tempahan homestay pula deposit ialah RM100.00 untuk setiap malam.
Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti pendepositan. Salinan resit boleh dihantar ke email kami atau melalui Whatsapp.

Pembayaran deposit boleh dibuat secara on-line atau ke atm cash deposit ke:
nama bank. RHB
jenis akaun : Simpanan wadiah
no akaun:1-51058-0000902-7
penama akaun:Zainuddin Bin Latiff@Abd Latif.

Isnin, 21 Oktober 2013

Al Din Homestay Tmn Mawar Pasir Gudang

Alhamdulillah, banyak syukur kepada Allah. Didalam keadaan sakit ni, rumah homestay kami tak lekang dari pengunjung.

Kebelakangan ini, homestay ini sering mendapat panggilan dari organisasi-organisasi untuk menempatkan pekerja mereka untuk satu jangkamasa sebulan hingga ke enam bulan.

Antara sebabnya ialah kerana kedudukan homestay ini yang strategik lokasinya, seperti:
1. Berhampiran dengan EDL, 15 minit ke bandaraya Johor Bahru
2. Persekitaran yang tenteram dan tenang diwaktu malam
3. Deretan restoran di belakang rumah, hanya berjalan kaki sahaja dan kedai runcit
4. Mudah untuk ke MMHE

Selain dari kedudukan homestay ini ialah hiasan dalamannya yang sederhana dan bersih. Suasana lapang di dalam rumah, keharuman yang segar serta siap dengan sejadah dan penunjuk arah kiblat.

Kami suami isteri cukup menitikberatkan kebersihan di dalam rumah agar tetamu berasa senang dan nyaman. Setiap kali tetamu keluar kami akan membersihkan rumah ini termasuk cadar katil dan sarung bantal akan di basuh. Sehari sebelum pelanggan masuk, kami akan membersihkan sekali lagi seperti menyapu dan memasang cadar, sarung bantal dan selimut baru.

Halaman luar juga di bersihkan agar naik seri rumah, kecuali di bahagian belakang yang perlu pengubahsuaian, peninggalan tuan rumah lama.

Selain dari diatas, perkhidmatan kepada pelanggan adalah di utamakan.Kami berusaha memberi perkhidmatan yang baik kepada setiap pelanggan selagi  didalam batasan agama.

Kadar sewa:
RM190/ semalam Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum.
RM1000 untuk seminggu atau 7 hari berturut-turut
RM1500 untuk 2 minggu atau 14 hari berturut turut
RM2000 untuk sebulan atau 31 hari berturut turut. Deposit sebanyak RM500 diperlukan untuk deposit api air. Bil api air utk bulan itu akan ditanggung oleh penyewa.
Bagi penginapan 7 hari dan lebih, dapur gas dan periuk nasi disediakan. Alatan memasak tidak disediakan seperti periuk, kuali, sudip dsb.

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog dan minat anda terhadap homestay kami.

AMARAN: MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK HALAL DILARANG BAWA MASUK KE DALAM RUMAH INI. BEGITU JUGA DENGAN AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG ISLAM DAN MALAYSIA.