Translate

Translate

Isnin, 23 November 2009

TALAM LABU


RM23.00 pada ukuran 12"X12"

KEK KUKUS HALIA



HARGA PROMOSI RM0.70 secawan dengan pembelian minimum 70 cawan -siap dengan bekas penutup.
Harga asal RM0.80secawan

Khamis, 22 Oktober 2009

Talam Suji

Harga : RM 23.00

Ukuran: 12"X12"

Talam Jagung

Harga: RM25.00


Ukuran : 12"X12"

Talam Banjar


Harga : RM 27.00


Ukuran : 12" X 12"











Selasa, 20 Oktober 2009

Din & As Kitchen







Sudah lebih 3 tahun kami mengusahakan perniagaan ini & Alhamdulillah dengan izin Alah dan sokongan dari pelanggan kami, perusahaan ini telah maju dan berkembang hingga ke Johor Bahru, ke Perlis, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang. Sejajar dengan hasrat kami agar kuih yang enak ini dapat dirasai bukan sahaja di Malaysia, tetapi di nikmati secara global, maka kami namakan perusahaan kami 'Din & As Kitchen' bermula 1 Syawal bersamaan 20 Oktober. Kami juga telah mengedarkan bisnes kad kami, agar para pelanggan mudah untuk menghubungi melalui telefon, email, skype atau melihat dengan lebih dekat melalui blog ini. Dan bisnes slogan 'Din & As Kitchen' ialah 'SEDAP HINGGA KE HATI'. TERIMA KASIH pada anda semua dan mudah-mudahan dengan izin Allah dan doa anda sekelian, hasrat yang murni ini akan menjadi kenyataan - InsyaAllah, amin.

Ahad, 6 September 2009

Pembungkusan kuih






Sebelum kuih ini dibungkus, ia akan dipotong menjadi 81 keping daripada saiz 12 x12 inci, iaitu 1 keping kuih akan bersaiz lebih kurang 1.3 X 1.3 inci, dimana saiz ini sesuai untuk hidangan dan dimakan. Kemudian barulah ia dimasukkan ke dalam kotak pizza supaya ia nampak lebih kemas dan dapat melindungi kuih dari kecederaan (kuih ini lembut) dan kotoran. Disamping itu ia juga memudahkan penyimpanan tanpa memerlukan tudung saji selain untuk disimpan ke dalam peti sejuk ataupun sebagainya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Talam Banjar

Kuih kukus ini mempunyai 3 lapisan dimana yang bawah sekali rase lemak & tidak terlalu manis, di bahagian tengah pula ialah rasa biji sagu diadun dengan kelapa parut manakala bahagian atas pula ialah rasa pandan. Gabungan 3 rasa ini membuatkan ia adalah kuih yang unik. Kuih ini di kukus pada minima 1.5jam untuk melengkapkan 3 gabungan ini. Sesuai untuk sebarang majlis dan pernah digunakan sebagai salah satu hantaran di majlis perkahwinan. Ukuran 12"X12" yang dipotong menjadi 81 keping diisi dalam kotak pizza dengan berat 3kg. Harga pada 21hb September 2009 ialah RM27.00 tidak termasuk penghantaran. Kos penghantaran adalah berdasarkan jarak dari Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Isnin, 24 Ogos 2009