Translate

Translate

Selasa, 25 Ogos 2009

Talam Banjar

Kuih kukus ini mempunyai 3 lapisan dimana yang bawah sekali rase lemak & tidak terlalu manis, di bahagian tengah pula ialah rasa biji sagu diadun dengan kelapa parut manakala bahagian atas pula ialah rasa pandan. Gabungan 3 rasa ini membuatkan ia adalah kuih yang unik. Kuih ini di kukus pada minima 1.5jam untuk melengkapkan 3 gabungan ini. Sesuai untuk sebarang majlis dan pernah digunakan sebagai salah satu hantaran di majlis perkahwinan. Ukuran 12"X12" yang dipotong menjadi 81 keping diisi dalam kotak pizza dengan berat 3kg. Harga pada 21hb September 2009 ialah RM27.00 tidak termasuk penghantaran. Kos penghantaran adalah berdasarkan jarak dari Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor.

Isnin, 24 Ogos 2009