Translate

Translate

Ahad, 27 Oktober 2013

Deposit untuk tempahan kuih dan homestay

Kepada semua pelanggan pelanggan yang dihormati,

Untuk mewujudkan satu urusniaga yang baik dan telus, maka kami akan mengambil wang deposit untuk setiap tempahan kuih dan homestay.

Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pelanggan membatal kan tempahan tersebut. Sebaliknya jika kami yang membatalkan tempahan pelanggan, maka kami akan memulangkan wang tersebut.

Untuk tempahan kuih kami akan mengambil deposit sebanyak RM20.00 untuk setiap kuih talam kami yg bersaiz 12'X12' , manakala untuk saiz 8'X8' deposit sebanyak RM10 satu.
Manakala untuk tempahan homestay pula deposit ialah RM100.00 untuk setiap malam.
Sila simpan resit pembayaran sebagai bukti pendepositan. Salinan resit boleh dihantar ke email kami atau melalui Whatsapp.

Pembayaran deposit boleh dibuat secara on-line atau ke atm cash deposit ke:
nama bank. RHB
jenis akaun : Simpanan wadiah
no akaun:1-51058-0000902-7
penama akaun:Zainuddin Bin Latiff@Abd Latif.

Isnin, 21 Oktober 2013

Al Din Homestay Tmn Mawar Pasir Gudang

Alhamdulillah, banyak syukur kepada Allah. Didalam keadaan sakit ni, rumah homestay kami tak lekang dari pengunjung.

Kebelakangan ini, homestay ini sering mendapat panggilan dari organisasi-organisasi untuk menempatkan pekerja mereka untuk satu jangkamasa sebulan hingga ke enam bulan.

Antara sebabnya ialah kerana kedudukan homestay ini yang strategik lokasinya, seperti:
1. Berhampiran dengan EDL, 15 minit ke bandaraya Johor Bahru
2. Persekitaran yang tenteram dan tenang diwaktu malam
3. Deretan restoran di belakang rumah, hanya berjalan kaki sahaja dan kedai runcit
4. Mudah untuk ke MMHE

Selain dari kedudukan homestay ini ialah hiasan dalamannya yang sederhana dan bersih. Suasana lapang di dalam rumah, keharuman yang segar serta siap dengan sejadah dan penunjuk arah kiblat.

Kami suami isteri cukup menitikberatkan kebersihan di dalam rumah agar tetamu berasa senang dan nyaman. Setiap kali tetamu keluar kami akan membersihkan rumah ini termasuk cadar katil dan sarung bantal akan di basuh. Sehari sebelum pelanggan masuk, kami akan membersihkan sekali lagi seperti menyapu dan memasang cadar, sarung bantal dan selimut baru.

Halaman luar juga di bersihkan agar naik seri rumah, kecuali di bahagian belakang yang perlu pengubahsuaian, peninggalan tuan rumah lama.

Selain dari diatas, perkhidmatan kepada pelanggan adalah di utamakan.Kami berusaha memberi perkhidmatan yang baik kepada setiap pelanggan selagi  didalam batasan agama.

Kadar sewa:
RM190/ semalam Isnin hingga Ahad termasuk cuti umum.
RM1000 untuk seminggu atau 7 hari berturut-turut
RM1500 untuk 2 minggu atau 14 hari berturut turut
RM2000 untuk sebulan atau 31 hari berturut turut. Deposit sebanyak RM500 diperlukan untuk deposit api air. Bil api air utk bulan itu akan ditanggung oleh penyewa.
Bagi penginapan 7 hari dan lebih, dapur gas dan periuk nasi disediakan. Alatan memasak tidak disediakan seperti periuk, kuali, sudip dsb.

Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog dan minat anda terhadap homestay kami.

AMARAN: MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK HALAL DILARANG BAWA MASUK KE DALAM RUMAH INI. BEGITU JUGA DENGAN AKTIVITI YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG ISLAM DAN MALAYSIA.

Selasa, 13 Ogos 2013

Promosi Harga Al Din Homestay Sempena Hari Raya

Sempena Hari Raya ini, kami menawarkan pakej harga sewa yang menarik sambil anda menziarahi saudara mara dan rakan di sekitar Pasir Gudang.

Harga sewa kami yg terbaru adalah RM190.00 semalam untuk hari Ahad hingga Isnin.

Diskaun 10% jika menginap 2 malam berturut- turut

Diskaun 30% jika menginap 7 malam berturut turut.

Diskaun 50% jika menginap 30 malam beturut turut

Ahad, 19 Mei 2013

Masa Keluar dan Masuk AL DIN HOMESTAY

Masa Check in ialah 1500 atau 3pm, manakala check out ialahjam 1200 tengahari.
Walaubagaimana pun masa keluar lewat boleh dirunding, sila beitahu awal. Caj yang dikenakan ialah selepas jam 3 pm ialah rm10 untu ksetiap jam  berikutnya.Sila berbincang dengan kami agar ia selesa dengan anda dan kami.

KADAR SEWA MESRA PELANGGAN HOMESTAY AL DIN

PROMOSI PENGENALAN DAN CUTI SEKOLAH

Tak kenal maka tak cinta, maka itu kami menawarkan harga yang terendah dari sekarang hingga ke hujun bulan Jun 2013, iaitu:
SABTU RM150/ SEMALAM
AHAD HINGGA JUMAAT RM170/SEMALAM.
TILAM TAMBAHAN RM10/SATU SEMALAM.

Jadi cuti sekolah ini anda tidak perlu risau lagi di mana nak menginap atau nak tidur   kerana kos penginapan yang mahal sekarang ni. KAMI JAMIN HARGA SEWA KAMI MEMANG BERBALOI-BALOI UNTUK SETIAP NILAI RINGGIT YANG ANDA BELANJA UNTUK PENGINAPAN.

HOMESTAY AL DIN

Rumah Homestay Al Din


Alhamdulillah kami telah maju setapak lagi, dengan menbuka rumah homestay yang pertama. Terletak di Jalan Mawar 47, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Rumah 2 tingkat ini mempunyai 4 buah bilik, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan ruang keluarga. Mengandungi 5 buah katil yamg boleh memuatkan 6 orang dewasa dengan selesa. Tambahan tilam disediakan jika lebih 6 orang penghuni.

Terletak di lokasi strategik untuk sebagai persinggahan untuk sebarang majlis atau keraian;
1. 15 minit ke Bandaraya JB, Permas Jaya, Bakar Batu, CIQ atau JB Sentral, melalui EDL
2. 10 minit ke Bandar Seri Alam- UniKL, MRSM, Tesco dan Hospital Regency.
3. 10 minit ke Politeknik Ibrahim Sultan, Cahaya Baru, Kota Masai
4. 40 minit ke DESARU melalui Senai Desaru Express H/way,
5. 30~45 minit ke NUSAJAYA melalui EDL atau Pasir Gudang H/way
6. 300m ke Stadium J Corp, Balai Polis, Balai Bomba.
7. 60 minit ke RAPID, Penggerang.Kota Tinggi
8. 40 minit ke SENAI, Senai International Airport, UTM.

Selain itu 200m ke surau dan 500m ke Masjid Jamek Pasir Gudang.
Deretan kedai makan dan 1 buah kedai runcit dibelakang rumah -kurang dari 50m.

KEMUDAHAN
1. 1 unit a/con di bilik tidur utama dan katil queen.
2. Bilik tidur 2 (2 katil bujang), 3(1 katil bujang) dan 4(1 katil bujang) kipas dinding.
3. Kipas siling di ruang tamu( ruang makan) dan ruang keluarga.
4. Peti sejuk, mesin basuh baju, ampai baju, sterika dan papan sterika, cerek elektrik.
5. TV lengkap dengan Astro basic (NJOI).
6. PENGANGKUTAN disediakan dengan harga yang berpatutan termasuk ke Singapura atau ke lain-lain tempat'

JEMPUTLAH menginap di homestay kami dan InsyaAllah kami akan memberi servis terbaik untuk anda sekeluarga.