Translate

Translate

Ahad, 19 Mei 2013

HOMESTAY AL DIN

Rumah Homestay Al Din


Alhamdulillah kami telah maju setapak lagi, dengan menbuka rumah homestay yang pertama. Terletak di Jalan Mawar 47, Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor. Rumah 2 tingkat ini mempunyai 4 buah bilik, 3 bilik air, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan ruang keluarga. Mengandungi 5 buah katil yamg boleh memuatkan 6 orang dewasa dengan selesa. Tambahan tilam disediakan jika lebih 6 orang penghuni.

Terletak di lokasi strategik untuk sebagai persinggahan untuk sebarang majlis atau keraian;
1. 15 minit ke Bandaraya JB, Permas Jaya, Bakar Batu, CIQ atau JB Sentral, melalui EDL
2. 10 minit ke Bandar Seri Alam- UniKL, MRSM, Tesco dan Hospital Regency.
3. 10 minit ke Politeknik Ibrahim Sultan, Cahaya Baru, Kota Masai
4. 40 minit ke DESARU melalui Senai Desaru Express H/way,
5. 30~45 minit ke NUSAJAYA melalui EDL atau Pasir Gudang H/way
6. 300m ke Stadium J Corp, Balai Polis, Balai Bomba.
7. 60 minit ke RAPID, Penggerang.Kota Tinggi
8. 40 minit ke SENAI, Senai International Airport, UTM.

Selain itu 200m ke surau dan 500m ke Masjid Jamek Pasir Gudang.
Deretan kedai makan dan 1 buah kedai runcit dibelakang rumah -kurang dari 50m.

KEMUDAHAN
1. 1 unit a/con di bilik tidur utama dan katil queen.
2. Bilik tidur 2 (2 katil bujang), 3(1 katil bujang) dan 4(1 katil bujang) kipas dinding.
3. Kipas siling di ruang tamu( ruang makan) dan ruang keluarga.
4. Peti sejuk, mesin basuh baju, ampai baju, sterika dan papan sterika, cerek elektrik.
5. TV lengkap dengan Astro basic (NJOI).
6. PENGANGKUTAN disediakan dengan harga yang berpatutan termasuk ke Singapura atau ke lain-lain tempat'

JEMPUTLAH menginap di homestay kami dan InsyaAllah kami akan memberi servis terbaik untuk anda sekeluarga.




Rabu, 12 Oktober 2011

Perkhidmatan Katering oleh Selera Warisan Al Din (JM0599792-M)

                 
Kami bersedia untuk memenuhi permintaan katering untuk sebarang majlis anda, untuk 10 ke 500 orang makan. Pilihan nasi terdiri dari Nasi Briyani atau Nasi Bokhara. Harga pakej serendah *RM5.00/seorang dan bergantung pada permintaan dan keperluan anda. Kami ada juga menyediakan desert yg terdiri daripada berbagai kuih talam dan pilihan minuman. Kami juga menerima tempahan untuk kuih talam yang dibuat oleh kami sendiri.
* Harga untuk nasi briyani ayam (termasuk pencuk dan dalca) untuk minima100 orang makan dan di persekitaran Taman Mawar, Pasir Gudang.

Ahad, 10 Julai 2011

Selera Warisan Al Din

Alhamdullilah, kami telah bergerak kehadapan lagi dengan pertolongan Alla s.w.t dan sokongan yang diberikan oleh para pelangggan kami, maka pada 24hb Jun 2011, perniagaan kami telah didaftarkan di SSM.

Disebabkan nama 'Din & As Kitchen' sudah ada terdahulu, maka SSM menyarankan nama 'Selera Warisan Al Din' sebagai nama perniagaan kami yang berdaftar no JM0599792-M.

Sekarang ni, MBJB sudah menawarkan kepada kami gerai di Medan Selera Rumbia, di Taman Daya dan dalam proses selanjutnya sebelum kami memulakan operasi.

Isnin, 23 November 2009

TALAM LABU


RM23.00 pada ukuran 12"X12"

KEK KUKUS HALIA



HARGA PROMOSI RM0.70 secawan dengan pembelian minimum 70 cawan -siap dengan bekas penutup.
Harga asal RM0.80secawan

Khamis, 22 Oktober 2009

Talam Suji

Harga : RM 23.00

Ukuran: 12"X12"

Talam Jagung

Harga: RM25.00


Ukuran : 12"X12"